WELCOME.

Tuesday, April 12, 2011

MENAMBAH JEJAK BARU OFF ROAD.

Ulu Selangor, Ahad 10hb April 2011 satu kerjasama antara TM Bikers (TMB) dengan Procity MTB (PCMTB) telah di persetujui untuk memupuk semangat kesukanan basikal bukit (MTB) telah di jalankan. Semangat kesukanan antara TMB dan PCMTB telah diterjemahkan dalam bentuk gotong royong yang baru sahaja selesai pada hujung minggu lalu. Dengan matlamat untuk menambah dan membaik pulih jalan jalan denai dan bukit untuk dilalui oleh MTB. Juga memberi peluang dan pengalaman baru kepada ahli ahli yang baru berjinak dalam basikal bukit ini. Gotong royong ini akan diteruskan semula pada minggu hadapan bergantung kepada persetujuan semula antara kedua pihak, ujar Presiden TMB Dr.Izani. Tambah beliau laluan akan ditambah kepada 10km lagi berbanding minggu lepas iaitu 26km sahaja. Seramai 26 ahli kelab MTB sekitar Ulu Selangor, Tanjung Malim dan Slim River terlibat sama menjayakan aktiviti tersebut. Bermula dari pukul 8.00 pagi berkumpul di hadapan Klinik Syifa dan berakhir di warung 24jam pada pukul 2.30 petang.

Dr.Izani memberi taklimat ringkas dan borak borak kosong.

Penyertaan dari golongan muda belia amat memberansangkan.

Sama tapi tidak serupa.

Mat komando baru melintasi jambatan gantung.

Qadri dengan gaya tersendiri melintasi jambatan gantung.

 


Tapak mula dan tamat untuk jamboree akan datang.

 
Penerangan ringkas dan catatan kilometer mula diambil.

 
Abad dan Zaki turut kelihatan memberi tanda laluan masuk bermula.
 
Cikgu



 
Baru selesai mendaki bukit. Kini di puncak bukit berehat sebentar di dusun durian.

 

Aksi lagak ngeri (stunman) turut di pamerkan.

 
Tolong menolong amalan mulia.
Aksi lagak ngeri (stunman) oleh Dr Izani.
Stunman 2 oleh Apit.




1 comment:

  1. Kelab procity, kami mohon support join event kami, kalau boleh daftar kan dulu, bagi menaikan keyakinan orang terhadap event kami, kami mohon jasa baik kelab tuan,

    http://3gmtbchallenge2013.blogspot.com

    ReplyDelete

Popular Posts