Salam....
Ahad, 27 Mac 2011... Jam 8 pagi bermulalah kayuhan Jamboree yang bilangan penyertaannya adalah terbesar di Malaysia setakat ini... iaitu hampir 3000 rider dari seluruh negara serta luar negara. Malah jamboree ini juga seperti jamboree yang lepas2, turut disertai oleh ramai pelumba2 pro handalan negara termasuklah Anuar Manan, Artis... Arash... Azlenn (tak nampak le pulak semalam)..., serta rider2 amatur seperti aku ni... dan rider2 beginer... Jamboree kali ini secara keseluruhannya mempunyai kekuatan dan kelemahan yg perlu diberi perhatian....... Tetapi nampaknya lebih banyak kelemahan berbanding dengan kekuatan....
Seawal jam 4.00 pg... aku dan team mate dr ProCity MTB dah bangun untuk menyiapkan diri, sarapan (roti jer), menunaikan solat subuh, Strecthing & warmingup.... & berkayuh ke tempat Flag Off pd jam 6.40pg.. Sungguh mengejutkan di tempat Flag off dah penuh dengan Rider2 yg inginkan tempat permulaan yg paling hadapan... bila ditanya soalan... ada yg tiba disitu sejak jam 6 pg lg... hebat2,... tetapi kesian... walaupun berada betul2 di tempat flag off, tetapi bila kayuhan dilmulakan... ramai rider lain dah bersedia berkayuh dari bahu2 jalan yg hampir 500 meter ke hadapan dr tempat flag off.... kesian sekali lg kpd rider2 yg berdisiplin dtg awal, tgu betul2 di tempat flagoff tu.... hu hu hu... APA TINDAKAN PENGANJUR...
Kayuhan bermula... aku cukup malang apabila kayuhan tak dapat dilakukan akibat kesesakan rider2 yg tersekat akibat ada rider2 yg mencelah dr bahu jalan di bahagian hadapan & dr arah bukit pintu masuk utama ke LakeTown Risort.. Advantage untuk diorg tu... ambil lajak dr atas bukit.. Siaper yekkk,, mungkin ramai Rider yg tahu siapa mereka.... hu hu hu... Malang sungguh nasib aku & rider2 lain yg senasib dgn ku... Tp aku ligan sampai tak ingat dunia... sehingga lah dapat tempat yg ker... tgok pic medal kat atas yek... hu hu hu... APA TINDAKAN PENGANJUR...
Malang aku.. kira ok gak... tp rupanya malang lg nasib team mate aku... semasa kayuhan beliau, pd kilometer ke 37.. dengan kelajuan maximum semasa mengikuti peloton kecil Rider2 dr Thailand, tetiba ada kereta yg keluar dr simpang... maka rider2 di hadapan terus memberhentikan beskal secara mengejut... so berlakulah rempuhan rider dr belakang dgn rider di depan sehinggakan beliau terhumban kearah kereta tersebut dan menghentam bahagian lampu depan kereta tersebut... akibat rempuhan tersebut bahagian lengan & otot tricep beliau terkoyak sehingga berlakunya pendarahan tanpa henti sehingga dibantu oleh Dr. Raja ( unit Medic Team ProCity MTB) & Ujang yg kebetulan mengayuh tidak berapa jauh di belakang beliau.. Beliau kini masih berada di Taiping Specialist Center (Pembedahan dilaksanakan pd petang semalam) yg sebelum itu berada di hospital Taiping. Persoalanya... di mana Mashall2 yg bertugas di persimpangan jalan... Ini adalah salah satu kemalangan dr banyak kemalangan2 yg berlaku semalam.. (klu jatuh DH, berlanggar sesama beskal, & fork patah... itu BIASA... tp langgar kereta dlm trek Jamboree???? ) APA TINDAKAN PENGANJUR...
Selesai kayuhan.... ermmm bab makanan.. entahlah dengan penyertaan hampir 3000 rider, dengan kutipan melebihi 130K... dengan sponsor sana-sini.... ada ke patut makan nasi ngan lauk ayam seketul kecil + sayur kobis + limau di beleh 4...... Fikir la sendiri....... APA TINDAKAN PENGANJUR...
Dah la penat.... kena cakap kuat2 bila nak bersembang dengan rakan2... mana taknya semua rider penat menghabiskan kayuhan didendangkan dengan live konsert yg rancak2 lagunya + sound system yg tuningnya terlalu lah nyaring... sakit telinga bila dengar..... so penat + sakit telinga + sakit tekak + sakit hati... APA TINDAKAN PENGANJUR...
Majlis penyampaian hadiah dan cabutan no bertuah yg amat kelam-kabut, tidak organised..... siap boleh tukar2 pemenang, mintak hadiah agar dipulangkan semula, bagi hadiah sesuka hati kat org (walupun tak bertuah).... ini lah yg paling teruk......... APA TINDAKAN PENGANJUR...
Secara keseluruhan... Trek kayuhan adalah menarik dan boleh dikatakan amat memuaskan bg semua peserta yg hadir.... walaubagaimanapun perkara2 di atas adalah antara perkara2 yg perlu diberi perhatian dan perlu diperbaiki agar penganjuran pada masa yang akan datang lebih bermutu agar tidak dipulaukan (dah pernah terjadi kan...). Tapi aku tetap puas................. sebab aku suka berkayuh...... jumpa lg.... tgok pic k.
Wakil kategori Veteran Team ProCity, semasa berhenti berehat di R&R Sg. Perak
Pengangkutan rasmi MTB Team ProCity.... Exit Bukit Merah..
Setibanya di hadapan Vila kediaman Team Procity, Home Stay, Lake Town Resort...
Makan malam di kedai makan terpencil (elak kesesakkan klu makan kat dpn Lake Town) Gambar sebelum makan
Tengah menjamu selera..... makan banyak.. esok nak berentap... hu hu hu...
Selesai menjamu selera.... waa... kenyangnyer... sedap gak, dah lapar semua sedap...
Auww.... malu i... u ni jgn le snap i ngan baju tido ni.....
Jentera tunggangan yg bakal berentap pd esok pg......
Tak caya yek.. ni pic seawal jam 6.40pg..... sian rider2 yg tunggu awal kat side Flag off..
Dari sudut yg sama pada jam 7.30pg.... hu hu hu... ramai nyer...
hu hu hu..... dah jam 7.40pg.......... penat berdiri ni....
Secara tak sengaja jejak kasih.... bekas penghuni Apartment (Baju Hitam), Proton City.. kini menetap & bekerja di Bukit Merah...
Saingan utama Ironman....... Anuar Manan Jagoan lumba basikal negara..
Alhamdulillah saya tak pi..... kalau tak bermain banjir la gamaknya...
ReplyDelete