Kayuhan Thomson pada Ahad baru2 ini (19 Dec 2010) adalah bertujuan untuk melayakkan para pengayuh MTB di Tanjung Malim dan sekitarnya bg mendapatkan lesen pengayuh tegar MTB... Kayuhan bermula pd jam 8.30 pg dengan disertai oleh 17 org pengayuh termasuk 2 dr Slim River & seorg pengayuh wanita dr Assakinah CC. Beberapa syarat telah ditetapkan oleh penganjur (TM Bikers) bg memastikan kesemua pengayuh yg terlibat benar2 serius untuk mendapatkan lesen ini, yg ditandatangani sendiri oleh bakal Pengerusi Persatuan Berbasikal Antarabangsa iaitu Abad... he he he...
Beberapa syarat yang ditetapkan adalah;
1. Menamatkan Kayuhan dengan melepasi keempat-empat CPs
2. Sampai ke garisan penamat ( Kedai Teh Boh ) sebelum jam 4 petang
3. Mesti menamatkan kayuhan tanpa bantuan (Towing) dari marshal, penduduk asli & Mat Bangla
4. Sesiapa yg gagal menamatkan kayuhan atau sampai selepas jam 4 ptg, kepala akan dibotakkan
Kayuhan merangkumi laluan tarmac, kebun sayur, perkampungan orang asli, laluan simen, hutan balak & ladang teh serta permukaan muka bumi yang semestinya berbukit-bakau... hu hu hu.... Boleh dikatakan trail Thomson ini adalah amat-amatlah mencabar bukan saja dr segi fizikal, malah mencabar juga dr segi mental... mana taknye.. dah nak dekat garisan penamat pun kena mendaki hampir 5 km seblm sampai ke kedai Teh Boh.. hu hu.. Selain tu, beberapa pengayuh jg terlibat dgn kemalangan termasuklah marshal sendiri (cgu Omar) yg tersembanm akibat masalah teknikal motor cagivanyer yg diconvert tayarnya kpd tayar offroad.. Ujang jatuh dh + flat 3x, Zaki jatuh dh 2x, Fisol jatuh dh 1x, Wan jatuh dh 1x.. termasuk jg yg mengalami kekejangan....
Pengayuh pertama yg tiba di garisan penamat (Kedai Teh Boh) adalah Apit... tetapi malang bg beliau... seperti jg nasib Azizul Hasni Awang dlm acara Keeren di Sukan Comenwelth di India yg lepas, kedudukan pertama beliau dibatalkan kerana beliau didapati ditowing oleh rakaman video dari udara (Helikopter).. Oleh yg demikian peserta pd kedudukan kedua iaitu Ujang diputuskan oleh juri sebagai pemenang pertama manakala tempat kedua dikongsi bersama 3 pengayuh yg sampai bersama iaitu Ironman, Abad & Leong.. peserta ketiga pula jatuh kepada Dr. Izani.. Walau bagaimanapun tahniah kepada semua, kerana berjaya menamatkan kayuhan seblum jam 4 ptg.. dan semua dilayakkan menerima lesen pengayuh Tegar MTB termasuk Apit setelah rayuannya diterima oleh para juri... ha ha ha ha ha...... jgn marah...... he he he... Secara keseluruhannya.. Kayuhan kali ni mmg best.......
Kesejukkan & kenyamanan yg amat menyegarkan.. mengingatkan kembali pengalaman berkayuh di New Zealand
Fisol melakonkan semula babak hangat cgu Omar (marshal) tersembam akibat perbuatan sabotaj drpd..... he he he...
CP 1... setelah penat mendaki bukit yg tak habis2.... dakian inilah jg dimana cgu Omar sekali lg tersembam dengan moto cagivanyer..
Wanita tunggal dlm kayuhan ini, prestasi kayuhannya mmg amat membanggakan....
Inilah DH yg meragut byk jiwa.... DH permukaan simen yg licin & amat curam... lihatlah keindahan permandangannya..
Dr. Izani menunjukkan pisang (dah jd power bar) yg dibawa bersama olh Fisol semasa tersembam akibat DH bukit simen diatas...
Kaki Fisol Lebam & terluka bukti kehebatan beliau menunggang beskal barunya semasa dh...
Fisol hanya mampu tersenyum sambil menahan kesakitan luka & hati sambil menunjukkan sit beskalnya yg dah bengkok...
Wajah kegirangan anak2 asli ini semasa kehadiran kami....
Bronco menunjukkan aksi hebatnya mendaki sambil pikul beskal...
Leong... Ini bukit mmg mahu kasi putus nyawa maa..... nasib la ada sungai.. blh kasi sejuk hati hoo...
Wajah2 kepenatan setelah pendakian bukit berturap simen yg amat licin & sukar dikayuh... Makanan pun dah abis... minuman semakin sedikit... Tu laa... lain kali pemurah sgt sedekah lg kat anak2 asli td...
Haa... hebat tak aku (Wan).... ni yg aku cari2 selama ni... klu tak jatuh bukan kaki kayuh MTB la...
Haa.... ni la sbbnya byk makanan td tu habis.... pemurah sgt... tp mmg cam ni la keadaannya... sedih melihat nasib anak2 asli ni... biar kita berlapar, asal anak2 ni gembira... brabo Bronco.....
Aku & Abad..... berlatar belakangkan ladang Teh.... sengaja membiarkan Jagoan Apit mendahulu jauh di hadapan... he he he...
Inilah wajah juara sebenar dalam kayuhan Thomson ini..... he he he....... setelah tiba di Kedai Teh Boh..
Syukur.... semua pengayuh akhirnya tiba di kedai Teh Boh seblum jam 4... pengayuh terakhir tiba pd jam 3.30 ptg...
No comments:
Post a Comment