GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.
Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.
Gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit tertua. Dulunya ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.
Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.
Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.
Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat gout.
Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV hyperlipidaemia, diabetes mellitus, ischaemic heart disease dan hypertension. Kadang kala, seseorang itu mewarisi kecacatan genetik dari keluarga mereka
I. Pengaturan makan / Diet.
Makanan yang DILARANG adalah bahan yang berkadar Purine tinggi, antara lain :
•Sardin
•Otak / Jantung
•Paru-Paru
•Hati/Limpa
•Exstrak Daging
•Ginjal / Usus / Perut
•Ragi / Alkohol
•Emping Melinjo
Makanan yang HARUS DIKURANGKAN karena mengandung purine berkadar sedang :
•Daging
•Ikan
•Kerang / Udang
•Cendawan / Asparagus
•Bayam
•Kacang Tanah
•Kacang Buncis
Makanan yang mengandung Purine rendah, antara lain :
Keju, Telur,Susu,Sereal / Bijirin, Roti Kering, Jenis Kacang Kacangan Lain.
II. Selain diet diatas , perkara di bawah ini juga harus diperhatikan :
•Membanyakan minum air kosong karena dengan banyak minum air akan membantu mengeluarkan lebihan Uric asid.
•Makanan berlemak harus di kurangkan kerana menyekat pengeluaran Uric Asid.
•Minuman beralkohol harus di jauhkan karena dapat meningkatkan kadar Uric Asid.
•Memperbanyakan aktiviti bersukan.
No comments:
Post a Comment