WELCOME.

Tuesday, July 12, 2011

MTB NATURE FUN RIDE HASH 2011

Salam.....

10 Julai 2011, Ahad, tepat jam 09.00 pagi.... maka bermulalah kayuhan MTB Nature Fun Ride 2011 yang berlokasi di Taman Bahtera, Ulu Selangor yg merupakan sempadan antara negeri Perak & Selangor.... Kayuhan ini dilepaskan oleh Aboi dr Kedai Basikal Ligamas yg jg merupakan sebahagian dr penganjur bersama dgn Team ProCity & TM Bikers dalam Nature Fun Ride ini... Kayuhan Hash ini melibatkan jarak kayuhan sejauh 25km dengan laluan trail yg boleh dikatakan 100% offroad & hampir 100% berkanopi (teduh)... Seramai 492 rider yg berdaftar pd pg itu yg pada mulanya kayuhan ini menetapkan hanya untuk 400 rider sahaja... 

Trek kayuhan MTB Nature Fun Ride ini melibatkan pelbagai bentuk muka bumi serta keindahan alam semula jadi yg benar2 memberikan kepuasan kepada semua rider... Kayuhan ini melibatkan tiga pendakian mencabar iaitu Bukit Durian (Sebelum CP 1), Bukit Akar (CP 2) & Bukit Helipad (CP3)... Dua sungai utama (CP 1) &  tiga anak sungai... & Tiga down hill yg benar2 panjangggggg......... Ini tidak termasuk dakian2 & DH yg dianggap biasa... Trek ini jg melibatkan singgle trail, double trail, permukaan trail yg basah & kering (wet &  dry surface)... jg turut melibatkan kawasan kebun sawit, getah, buah-buahan (Durian & Manggis) & hutan rimba yg sebenar... Ngggaaauuummmm.... Kayuhan trek dgn jarak 25km ini melalui tiga check point serta ditamatkan di tempat yg cukup istimewa & menarik, iaitu di Desa Selesa Resort, Tanjung Malim. So secara keseluruhannya trek yg disajikan sememangnya memuaskan semua rider2 yg berkayuh pd pg itu.. Trek ini jg merupakan trek yg melibatkan dua negeri dimana dimulakan di negeri Selangor & ditamatkan di negeri Perak...

Rider2 yg berkayuh pd pagi itu mungkin berasa hairan kerana kayuhan pd pagi itu tidak menampakkan Marshall2 yg bertugas.... Sebenarnya pihak penganjur menyediakan 30 rider yg bertindak sebagai  Hidden mashall yg turut berkayuh bersama2 dikalangan rider yg lain tanpa disedari oleh rider2 itu sendiri... Ini  termasuk Mashall2 statik yg menjaga lokasi2 berisiko tinggi seperti sungai & kawasan DH.. Mashall yg berkayuh bersama rider2 yg lain sememangnya tidak memakai baju khas bg mengelirukan rider2 yg berkayuh.. Walau bagaimanapun setiap Marshall yg berkayuh memainkan peranan masing2 dlm setiap zon kelompok rider yg ditetapkan dgn memberi sebarang bantuan kpd setiap rider yg memerlukannya.. Jadi.. percayalah.. anda mungkin teringat kembali wajah2 mereka yg sentiasa mendampingi anda ketika anda berada di saat2 memerlukan pertolongan... 

Sesungguhnya kayuhan ini telah selamat bermula & selamat berakhir dengan beberapa insiden2  kecil yg boleh dianggap biasa dlm mana2 penganjuran MTB... Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izinnya lah juga maka MTB Nature Fun Ride Hash ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya.... Semua Rider yg terlibat telah selamat menamatkan kayuhan walaupun kayuhan terpaksa di tamatkan pd jam 1 dimana Cp 2 &3 telah ditutup bg memberi laluan kepada rider2 untuk menikmati juadah makan tengah hari & sesi cabutan no bertuah.. Kayuhan dianggap tamat dengan merujuk kepada rider Mashall yg terakhir (Swieper) iaitu Ironman dimana beliau dipertanggungjawabkan untuk memastikan bahawa beliaulah rider yg terakhir pd Hash hari itu..

Inilah MTB Nature Fun Ride Hash yg sebenar........ Pendaftaran peserta  yang percuma..... Makan & minum disediakan, Trek yg  memuaskan, Keindahan alam semulajadi yg memukau... Bantuan & Layanan mesra dr crew2... Demi memertabatkan sukan MTB... kami rela memberikan sedikit sumbangan keringat... Semoga sebarang teguran ke atas kekurangan & kelemahan, akan kami jadikan pemangkin kpd penganjuran yg lebih baik.. Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat... semua Rider2 yg sporting habis..., Semua yg telah memberikan sumbangan / sponser2.., semua tuan tanah, kebun & Dusun.., semua Otai2 dr TM Bikers..., Ligamas Bicycle shop.., Belia Selangor..., Desa Selesa Resort..., serta semua Crew2 yg terlibat... MTB Nature Fun Ride Hash tamat dengan jayanya pada jam 3 petang... Terima Kasih semua....


























































 





















 

Photo di atas dipetik dr Lance Photografer Amature yg dikongsi bersama dlm laman Face Book.... Terima Kasih di atas Photo2 yg menarik....

1 comment:

  1. Memang best la bro...Kalau dekat Insya Allah aku mesti join punya...

    ReplyDelete

Popular Posts