WELCOME.

Thursday, July 7, 2011

TEAM PROCITY: TOKEN BIKEZOOKA XC RACE, NEW JERSY , KRT & SAR

Salam....

Token Bikezooka XC Race round 3

Beberapa penglibatan & penyertaan Team ProCity dalam pelbagai  aktiviti termasuk Token Bikezooka XC Race round 3, di Bukit Bandaraya, Shah Alam, pd 3 Julai yg lepas. Team ProCity telah menghantar empat Rider dimana tiga rider sebelum ini telah menyertai Token Bikezooka Endurance 4 haurs, di RRI pd bulan 5 yg lepas.... & berjaya menamatkan kayuhan dgn 6 laps ( 1 lap = 10.8km ) dlm masa 4 jam. Keputusan 
Token Bikezooka XC Race round 3 :

Cat C :
Ironman - no 8
Firdaus (Kecik) - no 10
Dr. Raja - no 12

New Cat:
Arman - DNF

Tahniah buat semua ride team ProCity & Crew2 yg terlibat... diharap pd race yg akan datang team ProCity dapat meningkatkan mutu & prestasi.





















New Jersy:

Bagi memertabatkan lg team ProCity, satu cadangan untuk meningkatkan mutu jersi team telah dibentangkan... Jersi ini dicadangkan bg kegunaan kayuhan2 rasmi team ProCity dalam mana2 Event termasuk Jamboree & race... Semoga jersi baru ini akan membawa sinar baru yang lebih berkelipan kepada Team ProCity di masa2 akan datang..




Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) & Sekolah Agama Rakyat (SAR):

Team ProCity juga turut memberi sumbangan berharga kepada penduduk setempat di Proton City, Tanjung Malim, apabila ahli2nya turut terlibat dalam perlaksanaan aktiviti2 kemasyarakatan seperti rondaan rukun tetangga & promosi pembinaan sekolah agama rakyat. 

Rondaan rukun tetangga ini merupakan aktiviti 2 dlm 1 bg team ProCity, kerana sambil menjaga keselamatan kejiranan setempat program ini juga dpt mempromosi lg sukan berbasikal kpd semua yg terlibat apabila  kebanyakkan rodaan2 yg dibuat adalah dgn mengunakan basikal... Ini jg secara tidak langsung merupakan satu aktiviti riadah kepada penduduk setempat.






Ahli team ProCity jg berperanan sebagai agen promosi & hebahan kpd masyarakat ttg  rancangan pembinaan sekolah agama rakyat di Proton City. Diharap semua pihak dapat memberi sumbangan bg menjayakan rancanagn pembinaan sekolah agama rakyat ini.. insyaallah..... Sumbangan & maklumat mengenai rancangan pembinaan sekolah agama rakyat ini boleh didapati di




No comments:

Post a Comment

Popular Posts