Wednesday, January 20, 2010
Terima Kasih Buat TM Bikers & Assakinah CC
Salam...
Berbanyak terima kasih buat rakan-rakan kayuh dari TM Bikers & Assakinah CC yang banyak memberi dorongan dan sokongan kepada kami Procity MTB yang baru sahaja mencari ruang dan peluang untuk berjinak2 dengan sukan MTB ni...
Tak lupa juga ucapan tahniah dan terima kasih kepada rakan2 yang selama ini bersama-sama memeriahkan lagi kayuhan hujung minggu ke Slim Village iaitu... Pak Din (Tjg Malim), Abg Man (Jauh datang dr Bkt Beruntung, Cikgu Mat noor & anak (Slim River), Shahrul Hisyam (Trolak), Waspi, Ujang, Capt. Wan, Wan BMW dan Zamani dari Proton City.
Bukan mudah untuk menjinakkan rakan-rakan yang sedia ada dari seorang ke seorang... kini alhamdulillah sudah semakin berhasil..
Buat masa ni, kami Procity Mtb terdiri dari pengayuh2 yg beginer lg.. kira kayuh kejap dah melecet punggung.. Tp bila dah ari2 kayuh, dah tak leh renti lak... gian je...
Buat rakan2 pengayuh di Procity Mtb saya berharap agar semua dapat mengekalkan diri agar terus mengayuh.. biarpun penat, biarpun habis sedikit wang saku, biarpun rugi sedikit masa namun kalau difikirkan ianya tetap ada hasilnya.. yg penting kita dapat mengeratkan lg tali persahabatan dan hubungan kejiranan serta dapat menambah ramai kenalan baru.. anggaplah aktiviti mtb ini sebagai sesuatu yg sangat bererti kepada kita.. lihatlah dari sudut yg positif...
Saya cukup berbangga dengan Assakinah CC yang bukan semata-mata kelab basikal sahaja.. namun apa yang lebih menarik perhatian saya adalah hubungan antara ahli kelab tersebut yg terdiri dari komuniti Taman Damai(Kuala Kubu) itu sendiri, malah mereka mempunyai struktur organisasi yang teratur dan terurus. Saya bertuah dapat menyertai mereka dalam beberapa siri kayuhan ke Felda Soeharto dan kayuhan malam dr KKB ke Bukit Beruntung pergi & balik. Tq Assakinah CC.
Kini saya cuba berjinak2 dengan TM Bikers yg selama ini menjadi perhatian saya... Dah lama saya mengikuti Blog TM Bikers.. kini allhamdulillah salam & sapaan saya dr Procity yg masih mentah ini di sahut dengan baik dan mesra... Buat rakan2 TM Bikers terima Kasih sekali lg.. Buat rakan Procity Mtb.. Kita amat bertuah kerana Pd Pagi Ahad ini (24/01/2010) jam 07.15 pg, di Proton City kita akan berkayuh bersama2 dengan cyclist dr TM Bikers.. lokasi tujuan masih belum ditetapkan lg.. harap jagan lepaskan peluang ini..
Ucapan tahniah buat Dua rakan Procity Mtb kita Capt. Wan & Zamani yg baru sahaja mendapat cahaya mata yg ketiga.. pandai diorang pakat.. satu baris rumah pulak tu.. so tak dapat la kayuh hujung mggu ni.. tak pa rehat dulu.. family first.. k.
Akhir kata.. inilah post Procity Mtb yg pertama... moga segala silap kata atau salah bahasa harap dimaafkan....
Procity Mtb, Worlds of Mountain Bike....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Sekiranya anda berminat untuk membeli beg deuter untuk pelbagai kegunaan... berjalan jauh atau dekat, berbasikal, mendaki gunung, camping,...
-
Tags: 2010, Anthem X, Anthem X Advnaced, Asterisk*Cycles, bicycles, bikes, Colnago, DeRosa, Faith, giant, giant bikes, Glory, kuota, Pin...
-
Salam....... Kehilangan cecair badan yang menyebabkan pengurangan isipadu plasma yang kecil pun boleh menjejaskan kapasiti kerja fizika...
-
Salam... Ahad, 24/01/2010...merupakan detik bersejarah, buat pertama kalinya Procity Mtb berkongsi pengalaman berkayuh bersama2 dengan TM Bi...
-
Salam.... Kayuhan pagi Ahad baru2 ini merupakan kayuhan paling sadis dalam sejarah kayuhan Team Procity MTB..... Kayuhan kali ini sememan...
-
Salam.... Ahad, 27 Mac 2011... Jam 8 pagi bermulalah kayuhan Jamboree yang bilangan penyertaannya adalah terbesar di Malaysia setakat ini....
-
Salam... Seperti biasa Gengs MTB tanjong malim semakin ganas.. dah gila nak kayuh... ari-ari kayuh, pagi petang kayuh, hujung minggu kayuh, ...
-
Salam... Jumpa lagi.... untuk kayuhan berikutnya baru2 ini... ProCt & TM Bikers seramai hampir 30 pengayuh, bersama2 mengadakan kayuh...
-
Salam.... Kayuhan Thomson pada Ahad baru2 ini (19 Dec 2010) adalah bertujuan untuk melayakkan para pengayuh MTB di Tanjung Malim dan sekit...
-
Salam...... Merujuk kepada mesyuarat AMT Team ProCity bertarikh 16 Mei 2011, Majlis telah memutuskan untuk menyertai beberapa aktiviti kay...
No comments:
Post a Comment