Salam..... & Sawadikap......
Selamat Datang ke Hat Yai, Thailand..., selamat berjamboree, selamat bersiar2 & selamat sampai ke tanah air tercinta... Malaysia ku...
Pada 3,4 & 5 Jun lalu merupakan pengalaman berguna buat kami Team ProCity (Ironman, Dr. Raja, Arman, Musdi, Mat GT & Cgu. Usop) buat pertamakalinya menyertai Hat Yai Jamboree part 2.... memang menyeronokkan bukan saja dapat melancong malah merupakan satu kebanggaan apabila kami dapat berkayuh di negara Gajah Putih itu... Ini merupakan langkah permulaan kepada kayuhan-kayuhan lain di luar negara yg bakal disertai seperti di Singapura & Indonesia..
Seawal jam 4 pagi hari Jumaat yang lalu, seramai hampir 40 orang termasuk ahli keluarga serta 24 rider dr team TM Bikers, ProCity, Kalumpang CC & Rider2 Individu bersama2 menyertai konvoi ke Hat Yai, Thailand... Perjalanan pergi adalah lancar sehinggalah setibanya kami ke sempadan antara kedua negara. Prosedur Emegresion & Kastam terutamanya bagi pihak Thailand memakan masa hampir 2 jam lebih... Keseluruhan perjalanan pergi dr Tanjung Malim ke Hat Yai adalah selama 10 jam lebih termasuk rehat & rawat... berbanding perjalanan pulang memakan masa hampir 12 jam..
Suasana di Hat Yai memang berbeza dan menyeronokkan... Hotelnya murah & layanannya amat memuaskan... Manakala suasana Jamboree juga amat meriah dan terurus... Semua ke 24 Rider dr Tanjung Malim dapat menghabiskan kayuhan dengan melepasi ke empat2 CPs kecuali Orang Kaya (Kaki Cramp), Usop & he he he... saper lg.. Ironman sendiri... miss CP 4.... akibat terlajak simpang (Sesat) pd km 37... hu hu hu... Walau bagaimanapun ucapan tahniah kepada semua Rider yang berjaya Khususnya Dr. Raja yg menamatkan kayuhan pd kedudukan ke 78 (Kategori Open), Bronco 24 (kategori Veteran) & Kak Ani top 30 (kategori Wanita)...
Kini semua dah selamat tiba di Tanjung Malim.... Syukur.. sesungguhnya segala yang dilalui & ditempohi merupakan satu pengalaman yang amat berguna & boleh dikongsi bersama dengan rakan2 Rider yang lain... Insyaallah pada tahun hadapan kita akan berjamboree lg di Thailand... tp kali ni kemungkinan besar treknya di Songhla pula... semoga berjumpa lagi.... kayuh jgn tak kayuh....
Team ProCity..... marilah kita berkayuh bersama2......... semoga hubungan baik antara kita sesama ahli ProCity dapat dikekalkan,\malah dipertambah-baikkan... Insyaallah....
Jentera2 pengangkutan Team ProCity & D' Gengs......
Ghani (Kalumpang CC) & Errrmmm saper yerk.. berhenti di Tol Juru...
Welcome To Thailand......
Leong with family at Thailand Emegresion
Bandar pertama kat boarder dalam kawasan Thailand... Saduo..
Tut-tut roda empat di Hat Yai...
Mei... (Abd Rahman) sepupu Musdi yg banyak membantu kami bersiar2 di sekitar Hat Yai...
Beskal dalam Hotel... awal pagi jam 5.30am waktu Hat Yai...
Aksi Rider2 Team ProCity di tapak Jamboree...
Abg Tukang Kebun (Bloger TM Bikers) dgn aksi bersahaja....
Awie Inova (Team Giant) Mendapat tempat ke-3 & Ironman kantoi CP 4...Semasa di Garisan permulaan sebelum flag Off..
Usop (Kantoi kat CP 4 gak)... Wakil pemerhati oleh Ligamas, Batang Kali......
Permandangan2 sekitar Bandar Hat Yai
JB Hotel.... penginapan Kebanyakkan Rider2 termasuk kami dr Tanjung Malim...
On the way back to Malaysia..... see u next year......
No comments:
Post a Comment