Salam......
Selesai sudah misi kayuhan Team Procity di BCNC Kampung Ride jamboree, Melaka... pada 1 Mei yang lepas.... Rombongan Team ProCity bermula di port biasa (mamak Alzaz) pada jam 10pg. 3 buah kereta, 1 MPV & 1 Hilux dengan 12 Rider bergerak bersama menuju ke Melaka..... Selain tu... Musdi, Mat Gt, & Wak telah bergerak lebih awal memandangkan mereka membawa pembakar semangat masing2... saper lagi kalau tidak keluarga tercinta..... baguis2... macam ni la baguis... minat dibawa bersama2 keluarga sekali baru la serasi... tahniah diucapkan..... Tak lupa juga kepada Khairul yg turut membawa keluarga tetapi bergerak bersama rombongan jam 10 pg.... Manakala 1 kereta bergerak di sebelah ptg, iaitu Cikgu Arman & Firdaus atas kekangan tugas yg perlu diselesaikan terlebih dahulu...
So... semua rider selamat tiba ke destinasi (Melaka) iaitu seramai 17 kesemuanya daripada 27 yg berdaftar... Ketidakpemergian rider2 yg lain atas sebab2 yg tidak dapat dielakkan di saat2 akhir... Sepanjang perjalanan amat memenatkan kerana keadaan lalu-lintas yang sesak terutama di Rawang, Nilai-Seremban, & sebelum tol Air keroh, Melaka... Almaklumlah ramai org yg balik kampung sempena cuti hari buruh... so sampai pd jam 4.20pm... Pendaftaran selesai, kami tunggu kunci rumah lak... sampai jam 5.30pm barulah bergerak ke rumah (homestay) hu hu hu.... Petang tu sesi setting beskal... malam keluar makan... balik... sembang2, atur strategi, & tidur... ada yg tak dapat tidur sbb ada yg berdengkor... siape yek?.. lu pikir la sendiri... he he he..
Subuh jam 5.00am bangun dan kami bersiap sedia sehingga selesai solat subuh, barulah kami berkayuh dr rumah (home stay) ke tapak jamboree (3km)... kira warm-up la tu... Suasana pada peringkat awal agak lembab biasa la macam bagun tidur la... tetapi selepas bebera minit keadan bertukar menjadi meriah... Team dr Kepulauan Riau, Indonesia juga turut mengambil bahagian, Singapore, Canada, Italy, France, Rupublic of Congo... & banyak lagi... he he he...
Flag Off pada tepat jam 8.30am.... Seramai 800 Rider... jarak kayuhan sejauh 45 km merangkumi trek kebun getah, kebun Sawit, jalan2 kampung & Jalan2 Utama... dgn 4 Check points.. lalul-intas terkawal baik... mashall best... water station ok.... Trek menarik dan boleh kayuh, kira biasa jer... (Kata Penganjur la... he he he..) hadiah pun memuaskan... DJ.. paling laris.. tak henti2 menghiburkan semua yg ada ketika itu... Secara keseluruhannya penganjuran BCNC Kampung Ride ini amat berjaya... Tahniah dr Team ProCity MTB.
Pencapaian Rider2 Team ProCity juga amat memberansangkan kerana enam Rider mendapat Top 100 iaitu:
1) Ramdzan (Ironman) - 20
2) Firdaus (Kecik) - 51
3) Ijad - 574) Dr. Raja - 81
5) Arman - 87
6) Usup (LigaMas) - 96
Top 200:
7) Sahak - 135
8) Azizan - 147
9) Izhar - 181
10) Mat Apam - 189
11) Shah - 196
> 200:
12) Mat GT - 260
13) Khairul - 264
Menamatkan kayuhan (Mengalami Masalah Teknikal)
Musdi
Wak
Zaim
Forax
Syukur... kesemua rider dr Team ProCity telah berjaya menamatkan kayuhan, walaupun beberapa rider tidak berjaya menempatkan diri dalam kelompok 200 yg terawal... seharusnya pujian & ucapan terima kasih diucapkan kerana kerjasama & sokongan antara satu sama lain sangat memberangsangkan dari peringkat awal kayuhan sehinggalah tamat kayuhan... Nasib jg tidak menyebelahi beberapa rider ProCity apabila mengalami masalah teknikal semasa di peringkat awal kayuhan... Tahniah untuk semua yg memberi sokongan..... Sehingga berjumpa lg...
Kenderaan2 Utama Team ProCity MTB
Red Mavic
Black Metel O
White Token
Blue Jag Wire
Cantik nyer... mentari.....
Gen Shimano XT
Wajah2 kebosanan semasa menunggu kunci rumah (Home stay).. hu hu hu...
Bersama2 saudara kejiranan negara... rakan kayuh dr seberang, Kepulauan Riau, Indonesia....
Rider Indonesia: "Jengok2 kami di Indonesia nanti yah..... Kayuh.. jangan tak kayuh.. wadooihh..
Jentera kayuhan Team ProCity yang besiap sedia di Tempat Flag Off....
Adik2 manis..... kakak & makcik manis gak kat tepi tu... memeriahkan lg Jamboree kali ni... he he he..
Wajah2 Rider Team ProCity bersedia untuk memulakan kayuhan....
Alahai..... Inilah individu yg bertanggungjawab menyesatkan Syah dlm jamboree kali ni... hu hu hu..
Haa.... tu la dia Shah.. yg tunjuk simbol 2 tu... sebelah ngan Dr. Raja...
Azizan: " Oooo..... ko ingat aku tak laju yer... ko tgok sikit bb beskal aku ni,... ha baru tau..."
Bukti.... Kedudukkan yg ke 20........ hu hu hu.....
Cikda... kedudukan ke-6 yg sepatutnyer kedudukan ke-3, ni salah Shah la ni... ajak sembang2.. kan dah sesat.. hu hu hu...
Topi merah yek.... Topi merah melambangkan peserta Top 100... tahniah... he he he...
Caya lah Zaim... makin improve.... cuba usaha lg...
Forax.. Technical support... bersama2 Mat GT, penggempur tengah & Kecik, Raja Bukit...
No comments:
Post a Comment