WELCOME.

Sunday, March 20, 2011

Tawan Lembah Beringin + Gab, Fraser Hill


Salam...

Mini Jamboree Lembah Beringin buat pertama kalinya dianjurkan oleh Lembah Beringin Cycling Club pd Sabtu, 19/03/2011 mempunyai kisah suka & duka.... Jumlah kayuhan yang secara keseluruhannya 14.4 km (my speedo) melibatkan hampir 300 rider & hampir 100% trail offroad sememangnya sesuai bagi semua para pengayuh untuk kayuh secara bersantai... Namun begitu yg kaki pecut tegar tetap memecut sehinggakan terlajak2 merentasi trek yg tak rasmi.... hu hu hu.... Kemalangan juga turut menimpa Bloger sahabat kita (Tukang Kebun) dr TM Bikers yg dilanggar dr belakang oleh seorg budak montel semasa DH yg mengakibatkan beliau pengsan seketika sehinggalah babak Hero, Abg Saiful Saab (Team Procity) memberi bantuan awal CPR (Cium mulut ke mulut) acah jer... seblm dibantu oleh Rider2 dr team2 lain termasuk geng Assakinah... Namun begitu Tukang Kebun tersenyum manis kerana ada seorg gadis turut membantunya... he he he... hilang sakit... Terima kasih kepada semua yg membantu beliau... Penganjuran secara keseluruhan adalak baik (bagi penganjuran pertama kali), tetapi terdapat beberapa perkara perlu diberi perhatian bg memperbaiki lg kualiti penganjuran pd masa akan datang.. Terima kasih atas penganjuran kayuhan kali ini yg sememangnya menarik...

Hari berikutnya, Ahad 20/03/2011... Kayuhan menawan Gab, Fraser Hill sememangnya menarik memandangkan inilah kayuhan pertamaku menawan Gab ni setelah berkecimpung sekian lama dalam sukan Mtb ni... hu hu hu... Akhirnya ku daki jua ha ha ha... Kayuhan kali ni melibatkan seramai 11 rider dr Team Procity bersama2 dengan 10 geng dr TM Bikers.. Yang seronaknya bila kayuhan bermula bukan sahaja kami jer yg berkayuh malah ramai lg rider2 samaada secara berkumpulan mahupun individu turut berkayuh ke Gab... Kayuhan bermula dr Sg. Syiling (tak pasti nama sg ni) sehingga ke Gab... Di sana kami berehat sambil minum & makan serta berkenalan (jumpa geng dr Batang Kali, Rasa & Mat2 Salleh) sebelum balik semula ke destinasi asal.. Kayuhan secara keseluruhannya memang best.... Nanti kayuh lg...

DAKIAN SG. SYILING - GAB, FRASER HILL










CATATAN SPEEDO DAKIAN SG. SYILING - GAB, FRASER HILL (DAKIAN PERTAMA KALI)

       DISTANCE         AVERAGE SPEEDMAXIMUM SPEED          TIME ON RIDE


 MINI JAMBOREE LEMBAH BERINGIN







No comments:

Post a Comment

Popular Posts