WELCOME.

Monday, February 14, 2011

PROCITY & SERIGALA JADIAN

Salam.....

Bertemu kita sekali lagi untuk sama2 berkongsi pengalaman kayuhan demi kayuhan yg melibatkan Team Procity MTB ni yg menyayat hati & perasaan, penuh dengan cabaran serta pengalaman pahit manis yg sememangnya sukar untuk dideletekan dalam minda setiap ahli yg menceburi program2 kayuhan Procity...

Bukan apa...baru2 ini, pada hari Ahad yg lepas kami pengayuh dari team Procity & rakan dari Slim River bersama2 berkayuh di trail Serigala..... Bukan saja nama Trail ni Serigala... malah sesiapa yg berkayuh di Trail ni mudah dirasuk untuk menjelma menjadi serigala jadian.... Tegas Cikgu Mat noor & Wong yg sememangnya telah mengalami beberapi mimpi ngeri di trail tersebut.... Setiap kayuhan di trail ini mestilah sentiasa dalam keadaan berjaga2 khususnya dari segi mental & Fizikal dan yg paling penting jangan lupa bawak peluru perak atau pisau perak untuk memastikan setiap ahli dapat melindungi diri masing2 sekiranya salah seorg dikalangan para pengayuh menjelma menjadi serigala jadian... hu hu hu.. glup..glup..glup..

Maka kayuhan Off Road sejauh 30m yg bermula di Tasik Balun, Slim River ini bermula pd jam 8.30pg dengan penuh hati2 & perasaan berjaga2.... Semua saling berpandangan antara satu sama lain khususnya tumpuan semua pengayuh kepada Nasir yg paling kecil susuk tubuh badannya... begitu juga Mat GT yg pendiam mulutnya & Musdi yg paling Sobar (terbalikkan setiap kenyataan tadi)... inilah yg menjadi ramalan aku & mungkin pengayuh2 lain yg turut serta dalam kayuhan pg tersebut kerana mereka inilah yg mempunyai kebarangkalian yg paling tinggi untuk menjelma sebagai serigala jadian yg paling menakutkan.... gluppppp...

Untuk mengetahui ending cerita kayuhan kali ni hanya dapat dijelaskan berdasarkan gambar2 bukti yg sempat diambil semasa kayuhan berlangsung.....

Off Road yg bermula dr Tasik Balun.... susur laluan KTM...

Ada pilihan.... nak atas ke, nak bawah... dua2 boleh jalan....

Mat GT 7.45, Sungguh bersemangat.... tp he he... dijangka menjadi serigala jadian pertama...

Arman...  dgn Specialized Epicnya... Kali ni Team Gergasi tak terhimpit Specializednye yg mmg berotak (Brain)

Selesai warm up di susur KTM & tiba cabaran Serigala sebentar lg... hu hu hu...

Ketua Team gergasi menunjukkan aksi ganasnya menawan bukit pertama.... GIANT.. GIANT...GIANT..

Mat GT 7.45 jg tak ketinggalan menunjukkan aksi dakian sebelah tangan jer....

Musdi.... Sebelum menjelma sebagai serigala...... masih boleh mengayuh seperti manusia biasa... Amin... Team GIANT jg...

Adik Syakir mendaki sambil menunjukkan gigi taringnya yg tumpul... hu hu hu... GIANT gak...
Bukti... kehebatan teknologi GIANT membantu Faizal mendaki dgn mudah.... ceh!!! kempen GIANT he he he...
Jatiman... bukan sekadar hebat di Jalanan, malah turut hebat di dakian OffRoad... Geng GIANT jg..
Alamak.... ni la Nasir td... yg aku ceritakan tadi... glup..glup... Bukit pertama ni... dah nampak mata merahnyer....
Sharul, hang kena kasi Jersi tu kat Arman... baru complete jd Team Specialised... he he he...

Ooo.... korg kutuk aku yek... aku dengar la... ni camera aku tersorok balik tunggul kayu ni.. korg bukan perasan pun...
Aduka yg terpesona dengan permandangan indah di separuh dakian... belum sampai puncak lg tu... klu puncak... ermmmm..... Specialized..

Wahhh... nampak macam dah kuar taring jer.... nasib la aku kata permandangan macam kayuh kat New Zealand, sejuk sikit hati Musdi...
Inilah kaki puncak (pondok berteduh CP 1).... hu hu hu... tak sampai puncak lg ni... tp dah kira cukup la... nak DH takat ni pun hu hu mmg menjunam....
Ni... dah puas DH la ni (konon).. tp depa ni menyumpah2 kat aku... "kata dua dakian tinggi jer"... pada hal.... manyak maaa.... he he hee.....
Jentera Rasmi Team ProCity MTB..... dengan 500 kuasa berkuda-kuda.....
Team GIANT.... dengan pengangkutan rasmi Team ProCity MTB....
Parking kat Alsaz Mamak...... makan nasi lauk kambing rempah...... Sekian, jumpa lagi....

No comments:

Post a Comment

Popular Posts