WELCOME.

Monday, August 9, 2010

DAPATAN KAJIAN BERBASIKAL MEMBANGGAKAN


Salam.....

06 Ogos 2010... jam 9.30 pm bermula di hadapan klinik Syifa, sekumpulan pengajuh berkumpul untuk memulakan kayuhan mereka sejauh 34km dengan menggunakan enjin Hibrid lama yg di modenkan... Enjin ni dah tak pakai petrol lg... sbb harga petrol dah semakin tinggi melambung... so sebagai alternatif maka geng2 Procity MTB dan TM bikers menjadi sampel kajian bagi memastikan kajian ini berjaya dengan jayanya...Kajian ini menggunakan teknologi semula jadi kurniaan Allah Maha Besar... iaitu tulang empat kerat + mesin mekanikal... pe lagi kayuh beskal la yob ...... he he he...

So kalau kajian ni berjaya... semua rakyat Malaysia disarankan pergi ke tempat kerja atau kemana2 hanya dengan menaiki beskal, kerana ianya lebih bayak manfaat dengan hasil yg lebih positif....

Hipostesis kajian.... Tidak terdapat hubungan yg singnifiken antara berbasikal dengan 10 faktor di bawah...

1) Lebih Ekonomi ( Tak perlu habiskan duit beli petrol dan kos penyelanggaraan yg lebih murah)

2) Mesra Alam ( Tidak menghasilkan pencemaran bunyi, udara, air & sebagainya...)

3) Mengurangkan risiko Kemalangan jalan raya ( Kalau rempit pun paling laju 60+++ jer..)

4) Mengelakkan kesesakkan jalan raya ( Tak perlu berkonsi kenderaan ke tempat kerja )

5) Gaya hidup yg lebih sihat.... ( Daya Tahan Kardiovaskula...)

6) Mengeratkan hubungan sillaturahim ( Mudah mendapat ramai kenalan.. )

7) Tak perlu bayar cukai jalan...

8) Tak perlu ambil lesen...

9) Tak ada kena speed trap & saman....

10) Miningkatkan pendapatan ekonomi Apek kedai beskal depan UPSI & Samy kat Batu Cave he he he he.......

Oleh itu, daripada dapatan kajian yg telah dijalankan keatas pengayuh2 beskal di Tanjung Malim ni, maka... Kajian menolak Hipotesis yg menyatakan bahawa tidak terdapat hubungan yg signifiken antara berbasikal dengan sepuluh faktor yg dinyatakan diatas....

Kajian ini adalah rekaan semata2 & tiada kaitan dengan sesiapa sahaja yg masih hidup atau yang telah meninggal dunia.... melainkan mereka yg ada dalam gambar2 di bawah ini sahaja...


Pak Din & Leong merupakan bahan kajian yg berjaya.... boleh guna lg ni... he he he...

Ha... ni pulak Pisol, bahan kajian yg gagal... he he.. jangan mare....

haaa.... ni lg la... bahan kajian yg buat kajian... Abad, tgh buat demo cara2 nak atasi sakit pinggang... rahsianya tanya Pak Din.. errmmm mmg mujarab..



Akhir sekali... semua sampel kajian diberi minum percuma.... yg ditaja oleh ABAD REFEEL kat R&R ULU BERNAM.... Semua boleh singgah tau.. minumannya mmg sodap...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts